Hello -mello peeps ! Harinie aku nak update pasal trip aku ke Indonesia. My first travel luar negara. Oh yeah, sedihnya ? So what? Everyone have their first time in everything right :P . Actually aku baru je sampai dari Indonesia, balik-balik ajak mama pekena mamak dulu minum teh o ais kerana teringin sangat nak minum la katakan . haha. and then balik terus on lappy and blogging. Excited terlampau nak bercerita niyh. Eceehh ! Tadalah excited sangat tapi idea tengah mencurah-curah ni better aku update sekarang right ? Lagipon lusa aku dah nak balik poli for my final semester so takut idea tarak ! hewhew. Okay back to the topic !
Aku pergi trip ni under Utusan Berhad , iaitu tempat kerja mak aku dulu, dia yang anjurkan, me and my mom joined la. Hehe. Trip ke Indon ni selama 4 hari 3 malam iaitu 2 malam di Bandung and satu malam di Jakarta. Kitorang berangkat around 3 0'clock am, tapi flight pukul 8. Haaa bagush kan, memang aku tidur dulu kat situ. Well memang tidur pon. And then kitorang sampai ke Indonesia around 10am.
Well well well, Here I am ! Macam tacaya aku dah sampai Indonesia ! Terasa seperti bermimpi pulak, iyalah flight 3 jam je kot, tadalah lama mana pon. And then masukkan barang dlm bas bagai, masuk je dalam bas, Okayyyyyyy ! Bas yang sangat unik! Usually bas kita cuma ada 2 seat both side right ? tapi bas kat Indonesia ade 2 seat untuk belah kiri and 3 seat untuk belah kanan. So aku pon dudukla sebelah kanan. Nak merasa la katakan. And duduk-duduk je , abg To'o our tourist guide cakap "Welcome to Indonesia " Oh yeah !
Bas ambil kitorang and then terus ke Bandung, Act aku igt Bandung tu dekat jea, rupa-rupanya agak lama jugak la nak pergi, kalau jalan ta jammed dalam 3 jam dah sampai tapi kalau jammed 5 jam baru sampai. Erk. Tengok pon tau Indonesia ni jalan sentiasa jammed. Hamekk kau ! 5 Jam duk dalam bas. Kebas buntut aku hoi ! oh !Sebelum tu. Waktu bas bergerak menuju kebandung iaitu on the way , First time aku tgk orang basuh kain kat sungai yang macam longkang tu, and perkara yang paling aku ta sangka sekali ialah time traffic light merah, punyalah ramai peminta sedekah meminta sedekah dengan cara menyanyi lagu, sakit, menjual roti dan sebagainya. Sangat ramai oke. Kadang-kadang tengok pon kesian. Rasa nak nanges jea bila tengok adik-adik atau remaja yang sebaya kita menjual di tepi / tengah jalan raya untuk mencari duit untuk makan tapi abg To'o dah cakap awal-awal yang kitorang semua kena kuat kalau datang ke Indoneisa ni sebab orang Indonesia ni ramai sangat pengemis. So aku hanya mampu melihat jea. T_T
Okay stop sampai situ, now skunk dah sampai ke Bandung , sampai je kat situ kitorang terus pergi shopping, tadanya nak check in check in hotel ni, dekat sana mandi pagi and mandi tengah malam jea. haha. so kitorang shopping dekat factory outlets iaitu disinilah selalunya pelancong membeli belah barang-barang branded dengan harga yang murah. Seriously memang murah, aku dapat ZARA Jeans dengan harga yang sangat-sangat murah ! Memang berbaloi gila tahu ! Tapi ada part yang paling menarik tentang factory outlets kat bandung ni. Kebanyakkan kat Malaysia kalau cakap pasal barang2 branded atau butik and so on mesti macam dalam shopping komplex kan, tapi kat bandungt lak, dorang dari satu banglo ke satu banglo. agak penad la kaki nak pergi setiap banglo untuk tengok baju tapi sanggup ! hewhew
Cukup sampai kat situ jelah ek jadual perjalanan aku kat Indonesia ni sebab kalau aku nak ceritakan memang sampai pagi laa baru siap. So make it simple, motif yang aku nak sampaikan ialah bila aku sampai je kat Indonesia aku terkejut sebab aku tengok gila banyak kereta weh ! Memang padat gila negara indonesia niyh and 24 jam jammed -______- ! And seriously, kemungkinan besar ramai diantara pemandu yang ta pernah pandu laju sehingga 120km sebab dorang memang 24 jam jammed takira pagi petang atau malam AND cara dia memandu woawwwww ! Seriously ganash ! sangat ganash ! Berapa kali aku terjerit kat dalam bas pon aku tatau tengok dorang memandu. -_-' Can you imagine, line cuma ade 4 jea kat jalan tapi dorang boleh buat line sendiri sehinggakan sampai jadi 7 line tapi dorang rileks jea ! Hampir nak kena langgar tu perkara biasa la pada diorang tapi yang peliknya kadar kemalangan kat negara Indonesia sangatlah rendah,
Maybe sebab dorang dah mahir kot. Lagi satu, aku rasa la kan , polis kat Indonesia tu tar berguna pon. nak tawu sebab apa, sepanjang 4 hari aku duduk situ jarang aku tengok polis, and bila lalu depan polis, dengan selamba dek jea dorang langgar peraturan tapi poli ta buat pape pon. Senang cakap susah la diorang ni nak dapat saman.
And now kita ke topik rakyat. cewaah !Yang ni pon aku terkejut gak sebab ramai sangat pengemis dan penjual dekat sana. Bayangkan , kitorang baru je turun bas, terus dikelilingi peminat u'olls ! Nak tawu peminat apa ? Peminat menyuruh kita membeli barang. Pergh ! Memang rimas gilaa ! And pengemis la part paling kesian. Bayangkan budak-budak kecik yang kemungkinan berusia 5 6 tahun camtu dah mengemis untuk isi perut. And ada diantara dorang yang tidur di tepi jalan, di bawah jambatan dengan rumah yang sangat kecik. Sedih jea tengok. Kita kan Malaysia ni hidup mewah, budak umur 5 6 tahun kat sini pon maen game Ipad, PSP, Iphone jea, makan mewah, tapayah cakap la kan tapi kat sana dorang terpaksa mengemis. Sedih gila ! Tapi nak buad camane, kerajaan dorang kena fikir sendiri kan. So sampai sini jela post aku, dah tada idea nak tulis. tetiba otakk blur -_______-.
So korang tengok gambar jelah ;D :-
-Bandar Bandung and Jakarta -
-Melawat ke gunung berapi yang tidak aktif ataupon orang disana cakap gunung yang sedang tidur. Tapi cuaca kat sana sejukk sangat ! ^_^
-Tangkubang Parahu, Bandung -
-Lunch di Kampung Daun -
The best part : Penyanyi jalanan ikut kitorang sehingga ke jalan riau sambil menyanyikan lagu untuk kitorang dan serentak semua nyanyi ramai-ramai. Meriah dalam bas tu you ! Awesome !
This is amazing! aku ta ingat ni dekat mana but seriously rasa macam dekat Disneyland where you can see setiap kedai ada patung-patung animasi macam Goku, Spiderman, Superman and others sepanjang jalan. ^_*
On the way back to hotel setelah satu hari suntuk shopping di sekitar Bandung !
Macaroons ! It's really delicious especially the red one. Ta ingat ape perisa dia tapi lagi sedap dari perisa coklat. For the first time in mylife I admit yang warna merah itu lagi sedapp dari coklat. Fyi : I'm addicted anything that related with chocolate okay ! Hewww
Shopping makanan, coklat, and kek di Kartika Sari.
-Pasar Baru-
-Pemandangan sepanjang jalan -
Waiting for check out from hotel and heading to Airport ^_^. Time ni can't wait untuk sampai Malaysia.Nak Ais nak ais nak ais ! ^_^
Our tourist guide and bus drives. Dorang ni sporting and kelakar bangat dong !
Our bus !
Can you see ? Indonesia ada Sogo jugaklah ! tapi ta sempat nak pergi. :/
Dalam bas. Okayyyy time ni bosang gila ! buntut kebas dok lama sangat dalam bas ! haha
From there, I learned that not everyone lucky as we in Malaysia, disana mereka tiada golongan sederhana, cuma ada golongan kaya and golongan miskin. Yang kaya terlampau kaya and yang miskin terlampau miskin. For us, ayam goreng tu maybe makanan biasa but for them ayam goreng tu makanan orang kaya. Okayy aku baru tahu. And from this trip too aku belajar bahasa baru yang agak kelakar. Di sana abang di panggil A'ah dan kakak di panggil teteh. Spell it right ! What on ur mind ? Haha ! Time dengar apa dorang cakap , satu bas tergelak. Seriously awatla bahasa dorang macam pelik sikit ni . haha. Well , okay , I think I should stop here. Thank you for the read. Bubye ! ;D