follow




dashboard

Pergi yang tak akan kembali.




Assalamualaikum semua ,
Harini pada 6 mei 2012 tepat jam 5.30 pagi seorang kawanku telah pergi meninggalkan kami semua.

Mohd Zulfikar, semoga kaw ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman . Weh ko tau ta sampai skunk aku still taleh percaya yang kaw dah tinggalkan kitorang tau . Kaw tau tak kaw bagi effects ceria pada kitorang semua . Even kaw agak misteri and jarang nak bergambar bila ramai2 tapi sebab kaw jugaklaa kitorang sume ceria tau .

Weh, Siapa lagi nak gaduh dengan aku lagi lepas ni ? Siapa lagi yang nak panggil aku LIDI , siapa yang nak mesej dengan aku lagi sambil gaduh2 plus lawak2 sepanjang kita bermesej ? Siapa lagi yang nak pinjam semua note-2 aku weh ? Wehhh! Sumpahhhh aku ta sangka kaw akan pergi secepat ini tapi kitorang sume kena redha . Tuhan lebih sayangkan kaw sebab tu dia ambik kaw kann ? Zul, aku baru jea lepas tgk wall kaw . Kalau laa kaw ada mesti kaw suka sebab notification kaw penuh sangat. Astghfirullahalazim, Betapa rhenduunya kami semua dekat kaw weh . Kenapa laa rumah kaw jauh sgt weh . klo tak mesti aku dah jenguk ko tau!.

Nanti siapa lagi yang nak kena gosip dengan aku ? aku rhenduu nak kena gosip dengan kaw weh . Satu kelas gosip kita . Tapi kita rilex jea kann . aku ingat lagi time aku nak balek dulu kaw sanggup bwk beg aku yang besar nek moto sampai ke depan poli . Thanks weh.

Tapi aku bersyukur sangat dapat kenal dengan orang macam Mohd Zulfikar ini. Kerana dialah aku reti berlawak, kerana dialah aku ade sense of humor, kerana dia jugaklaa aku dapat tau banyak info-2 yang gila-gila aku tanya. Dan yang paling aku bersyukur even ko jarang sangat tangkap gambar, tapi alhamdulillah aku banyak tangkap gambar dengan kaw.

Zul, kalau kaw ingat, aku pernah tanya kaw dulu. "kenapa kaw ta suka tangkap gambar macam kitorang ek ? and kenapa kaw selalu tengok jea dr jauh kegembiraan kita sekelas ? "
Kaw ingat kan ? Then kaw jawab sebab " aku suka menghayati suasana-suasana macamni . Yelah bilaa lagi kita nak ada kenangan-2 macamni kan. So aku lebih suka tengok jea.Aku rasa happy jea bila tengok korang happy" . And banyak lagi ayat-ayat kaw yang aku ingat. aku ingat lagi kaw call aku tanya pasal lecture .Ko tau tak dua tiga hari ni dah terdetik dah hati aku ni nak mesej dengan kaw tau . tapi kenapa laa tangan aku ni malas sgt sedangkan kaw rajin jea klo borak dengan aku. :(


And aku ingat lagi kaw pernah cakap dengan aku, kawla kawan baik gaduh dengan aku . ade ke kaw gaduh baik dengan org laen . Yea zul. kaw sorang jea yang salu gaduh, kaw la kawan gaduh aku, kaw la kawan baik aku . And aku tatau if ade lagi ke orang yang akan gaduh dgn aku mcm kaw gaduh dengan aku .

Ya allah, aku pinta kepada mu, kaw tempatkanlaa kawan baikku ini di tempat-tempat orang yang beriman. kaw permudahkan laa segala urusannya disana. Al-fatihah. Semoga kaw tenang disana zul....


#gambar ni fav aku sbb waktu ni kaw tgh tgk hp aku,aku tgh tgk hp kaw. kelakar kann ? :)






Akan aku simpan semua kenangan ni sampai bila-bilaaa zul ! Kaw la kawan baik aku dan kaw jugakla kawan gaduh aku . Al fatihah untuk arwah.