follow




dashboard

Mood tunggang terbalik.



hello semua!
Harinie I don't know why tapi aku rasa harinie adelah hari yang paling ta best sekali ! Entah kenapa sejak kebelakangan ni menjadi sangat sensitif gila vavi tak terkata apa. Pantang orang perli sikit aku dah touching tahap gaban. Erghhh! aku benci dengan rasa ni . Tolonglarh remove dari kepala otak aku,Serabut sangat rasa, rasa macam nak mencari semula diri aku yang semakin hari semakin hilang sedikit demi sedikit kerana aku ta pasti samada sikap aku yang sekarang ini adalah sikap aku yang sebenar. Adakah aku menjadi hipokrit tanpa ku sedari? Adakah aku tidak tahu siapa diri aku lagi yang sebenarnya ? Ya ! I don't know who I am anymore, Am I still amira apan or myra berry yang sentiasa diperbodohkan orang ? Ya Allah, dimanakah diriku yang sebenar, aku sudah tidak kenal akan diriku lagi. 

Kadang-kadang aku terfikir mengapa mudah sangat orang memijak kepala ku ? Adakah aku nampak begitu lemah dimata mereka sehingga terasa diri diperlekehkan, direndahkan? Aku hanyalah manusia biasa , seorang perempuan biasa yang berkemungkinan tidak begitu matang lagi dalam menjalani sebuah kehidupan yang penuh onak duri ini, aku ade hati dan perasaan dan aku ta kuat dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini. Mengapa duniaku semakin lama semakin menakutkan dan kenapa semua yang berada disampingku bertalu-talu membuatku aku tidak keruan ? 

Aku ingin mencari diriku semula tapi aku tidak tahu untuk bermula dari mana. Alangkah bagusnya jika aku cukup berani kesuatu tempat yang aman dan damai. Yea aku memang berani untuk bergerak sendiri tetapi jika aku ikutkan hati and jika berlaku sesuatu kepadaku yang boleh menjejaskan masa depan ku , aku ta sanggup. Tapi aku ingin sangat pergi ke tempat yang aman yang boleh aku duduk for hours tanpa gangguan supaya aku bole mencari diriku yang sebenar. 

Manusia berubah melalui pengalaman, walaupun pengalaman yang aku lalui tidak seteruk mana tapi kesan yang aku dapati sekarang tidak dapat aku sembuhkan. Terlampau takut, terlampau sensitif dengan perlian, Oh sungguh aku ta kuat bila orang memerlikan walaupun dengan nada gurauan.Mungkin pengalaman yang perit membuatkan aku menjadi begini. Haha. seperti budak pengecut aku ni -.-'

Rindu disaat waktu sekolah dimana aku begitu gembira dengan hidup ini , hidup disamping orang yang aku sayang, di samping teman yang sangat memahami walaupon ade conflict tapi dia cukup memahami siapa diriku, Aku letih dipertikaikan, aku letih ditegur, aku letih diejek, aku letih ! 
letih dan letih__________________ aku rindu disaat orang kenal bagaimana sikapku, aku rindu bagaimana aku boleh bergurau senda dengan begitu gembira, aku rhendu bergerak bebas kemana sahaja dan aku rhendu sikap aku yang dulu yang sering membuatkan kawanbaikku tertawa.Tapi sayang, sekarang aku sendiri tidak mampu ketawa dengan begitu gembira lagi, hanya ketwa yang direka untuk mencari kebahagiaan walaupon hakikatnya tidak. 

Mencari erti kehidupanku yang semakin hari aku tidak mengerti apa erti hidup, kawan, sayang dan cinta lagi. 
haha. bagaikan robot yang hidup tapi tiada perasaan. 
kuatkan hatiku diperlekehkan orang, kuatkan hatiku dipertikaikan orang, kuatkan hatiku dalam menerima sebarang cubaan :)